Pagar Laman

Text Box: Text Box:

MENU
Utama
Kitchen Garden
Laman Herba
Laman Bunga

    Seri Pagi   B.Trumpet     Akar Dani    Bunga Bintang       

Pagar Laman
Petua Botani
Webmaster
 
Seri Pagi (Ipomosa purpurea)

Tanaman ini ditanam dengan menggunakan keratan batang. Selepas tiga bulan ia akan mula berbunga dan daun akan memenuhi pagar. Lazimnya Seri Pagi akan mula berkembang pada pukul 5 pagi dan akan mengecut menjelang tengahari.

Sejengkal akarnya direndam ke dalam segelas air panas dan setelah sejuk ditapis kemudian diminum untuk melawaskan perut. Sebagai penawar bisa sengat ikan pula, daun yang sudah tua ditumbuk kemudian dipanaskan sebelum ditampal pada luka yang terkena sengatan. Bagi mengurangkan bengkak pula tumbuk dan lumatkan bunganya kemudian tampal pada bahagian yang bengkak.

   
Bengal Trumpet (Thunbergia laurifolia)

Pokok ini dipercayai berasal dari India. Tanaman menjalar ini berbatang keras dan daunnya berbentuk seperti jantung dan bercuping. Tanaman ini jarang berbuah dan kelihatan seperti pokok kekacang.

Pokok ini dikatakan mujarab untuk menghentikan darah haid berlebihan serta merawat luka dan bisul.

   

Akar Dani (Quisqualis indica L)

Tanaman herba renek ini hidup memanjat pagar atau cantik ditanam sebagai hiasan di atas para. Daunnya berbentuk bujur dan runcing dihujung. Bunganya memang cantik kerana keluar berjambak-jambak di hujung ranting. Bunganya berwarna putih ketika kudup dan bertukar warna pink setelah matang. Ia akan berkembang pada waktu malam dan baunya harum.

Khasiat pokok ini ialah untuk merawat kecacingan, gangguan pencernaan, sakit kepala dan penyakit kulit.

   

Bunga Bintang (Quamocit pinatta Boj.)

Tanaman herba menjalar ini berdaun lembut dan berlendir. Ia mudah didapati dan hidup merayap. Ia tidak bertangkai dan bungnya kecil seperti bintang berwarna merah terang. Ia membiak melalui biji benih.

Daun muda yang dilumurkan pada kulit boleh mengubati gatal-gatal.

PAUTAN

Kem. Pertanian Malaysia
Jab. Perhutanan Semenanjung Malaysia
Taman Pertanian Universiti (UPM)
Malaysia Herbal Corporation
MARDI
Chemical Engineering Pilot Plant
Rimbun Dahan
 

AKHBAR

Utusan Malaysia
Berita Harian
Metro
Kosmo
NSTP
The Star