MENU
Utama
Kitchen Garden
Laman Herba
Laman Bunga
Pagar Laman
Petua Botani
Webmaster

Text Box:

Text Box: Seulas Bicara
Oval: Tidak dapat dibayangkan jika kehidupan alam ini tidak ditemani oleh alam flora atau tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau di persekitaran kita. Alam flora amat berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan manusia sebagai sebahagian daripada kekayaan alam semulajadi dan kekuasaan Maha Pencipta.
Hampir di semua taman perumahan, kediaman, perkarangan bangunan, hotel, kawasan alam, pinggir jalan, taman rekreasi dan pusat peranginan mempunyai pokok hiasan untuk mengindahkan dan menyerikan sesuatu tempat. Kewujudan pokok-pokok ini dapat memberikan keindahan, kedamaian dan ketenangan kepada sesiapa yang memandang.
Terdapat juga banyak tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat ubatan atau dikenali sebagai tumbuhan herba. Tidak ramai yang menyedari bahawa sesetengah rumpai dan pokok di sekeliling kita mempunyai nilai perubatan. Tidak ramai yang menyedari bahawa tumbuhan herba juga boleh dijadikan sebagai hiasan taman.
Seni tanaman lanskap dipercayai sudah wujud sekian lama. Keindahan lanskap akan menjadi lebih menarik jika tumbuhan hiasan diselang selikan dengan tumbuhan aromatik dan tumbuhan herba.
Alangkah baiknya jika setiap rumah mempunyai taman herbanya sendiri. Selain untuk mengindahkan kawasan, khasiat yang terdapat pada tumbuhan herba tersebut dapat dinikmati oleh seisi keluarga. Pengambilan tumbuhan herba sebagai diet harian juga dapat meningkatkan tahap kesihatan.
Hebat sungguh ciptaan Tuhan. Setiap penyakit di dunia ini ada juga penawarnya dari sumber tumbuhan. Tumbuhan juga mempunyai 'semangatnya', hanya manusia yang tahu menghargainya akan mendapat faedah daripadanya.

PAUTAN

Kem. Pertanian Malaysia
Jab. Perhutanan Semenanjung Malaysia
Taman Pertanian Universiti (UPM)
Malaysia Herbal Corporation
MARDI
Chemical Engineering Pilot Plant
Rimbun Dahan
 

AKHBAR

Utusan Malaysia
Berita Harian
Metro
Kosmo
NSTP
The Star