
Laman Herba


| MENU |
| Utama |
| Kitchen Garden |
| Laman Herba |
| Laman Bunga |
| Pagar Laman |
| Petua Botani |
| Webmaster |
|
Temulawak
(Curcuma Xanthorrhiza Roxb) Temulawak amat terkenal dalam perubatan tradisional. Terdapat lebih dari sepuluh spesies temulawak yang ada antaranya temu merah, temu hitam, temu pauh dan temu kunci. Pokok Temulawak boleh mencapai sehingga 2 meter tinggi. Ia mudah tumbuh di tempat lapang, bertanah pasir atau kawasan lembap. Rizomnya berwarna kuning seperti kunyit cuma saiznya besar sedikit. Tanaman ini sebenarnya terkenal sebagai ulam awet muda. Rizomy aboleh dimakan menteh atau air rebusannya diminum. Air rebusannya juga baik untuk mengubati demam panas dan selesema, mengatasi kelesuan, sengal-sengal badan serta memelihara kesihatan hati. Batang Temulawak boleh mengubati penyakit sembelit dan najis berdarah. Air rebusan daun Temulawak boleh dibuat mandian untuk menyegarkan badan. Air mandian ini amat baik digunakan oleh wanita yang baru bersalin bagi mengubati dalaman agar lebih sihat dan bertenaga. Ia juga baik bagi lelaki yang sering kepenatan dan lemah-lemah badan. |
|
|
Halia Bara (Zingiber
Officinale Var Rubrum) Pokok Halia Bara mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding pokok halia biasa dan daunnya lebih runcing. Baunya juga lebih kuat berbanding halia biasa. Untuk menghilangkan panau, halia bara yang telah dilumatkan dipupuk di atasnya. Ia juga boleh dilumurkan pada kepala untuk menghilangkan kelemumur. daun mudah yang dilayurkan dan dimakan sebagai ulam boleh mengubati sakit kepala. Rebusan daunnya boleh dilapkan pada badan untuk mengubati penyakit malaria. Untuk mengubati batuk air rizom halia bara dicampur dengan madu dan perahan limau nipis. Selain itu ia juga boleh mengubati resdung dengan cara makan campuran rizom halia bara yang telah digiling bersama akar pokok lada-lada. |
|
|
Ara Tanah (Euphorbia hirta L.) Ara tanah ialah sejenis herba yang tumbuh melata, meliar di tempat yang lapang, terbuka dan tidak lembap. Tumbuhan renek ini juga mudah ditemui di tepi longkang, tempat berumput dan lain-lain. Dalam perubatan tradisional Cina, dipercayai getah dari pokok Ara Tanah bersifat sejuk. Manakala dalam masyaralat Melayu, Ara Tanah terkenal kerana keberkesanannya dalam mengubati selaput mata dan mata merah. Caranya dengan menitiskan getah Ara Tanah pada mata. Selain itu ia juga boleh mengubati asma dan batuk. Caranya meminum air rebusan keseluruhan pokok Ara Tanah. Bagi mengubati penyakit kulit seperti kurap, caranya ialah melumatkan keseluruhan pokok dan tempel pada kulit yang bermasalah. Ibu yang baru bersalin dan meroyan boleh minum jus Ara Tanah. |
|
|
Bonglai adalah dari spesies pokok Halia dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2m. Ia tumbuh membentuk rumpun yang rapat dan tiggi. Rizomnya berwarna kuning pucat dan mempunyai rasa yang pahit dan pedas serta aromanya kuat seperti kapur. Rebusan akar dan daun Bonglai jika dibuat mandian boleh memanaskan badan serta menghilangkan sakit kepala dan sakit-sakit sendi. Rizom Bonglai boleh dimakan sebagai ulam untuk mengubati sembelit. Rizomnya yang dilumatkan boleh dipupur pada perut untuk mengurangkan bengkak rahim selepas bersalin. |
|
|
Hempedu Bumi (Andrographis panicula) Hempedu bumi melahirkan nama yang cukup sinonim dengan rasa pahit. ia mudah tumbuh meliar di kawasan lapang. Ia adalah herba semusim dengan ketinggian kira-kira 30 - 80 cm. Potensi perubatan yang terdapat pada herba ini ialah ia dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakin antoimun termasuklah HIV/AIDS, kencing manis, darah tinggi, jantung dan kanser. Ia biasanya digunakan untuk merawat kesan gatal akibat gigitan serangga. Masyarakat India menggunakan Hempedu Bumi untuk mengubati cirit-birit dan berak berdarah. Bagi masyarakat India pula air rebusan daunnya diminum bagi merawat sakit tekak dan demam. |
|
|
Herba ini cantik untuk ditanam sebagai tanaman hiasan kerana daunnya yang lebar, berkilat dan bunga yang unik. Ekor Anjing tumbuh secara kelompok dan boleh hidup lama terutama di tanah keras dan berpasir. Di sebalik kehijauan daunnya serta namanya yang aneh tersembunyi khasiat yang tidak diketahui umum. Air rebusan dari daunnya dipercayai mampu mencegah dan merawat pelbagai penyakit seperti asma, batuk, kesan diuretik yang tinggi dapat membantu mencegah dan mengurangkan penyakit darah tinggi serta batu karang. Daunnya juga dapat mengubati kesakitan luaran seperti luka, sakit gigi, bengkak gusi dan masalah jerawat. |
|
|
Tumbuhan herba ini ini juga adalah spesies halia. Batangnya berwarna hijau muda dan bertukar kepada warna ungu apabila tua. Rizomnya berwarna kekuningan, pahit dan sedikit tengik. Rebusan daun Lempoyang banayk memberi manfaat kepada golongan wanita terutama dalam ramuan mandian untuk wanita bersalin. Dengan mengamalkan memakan rizom Lempoyang dapat menghindari dari kecacingan, menambah darah, membuang angin dalam badan, menghilangkan panas dan bisa-bisa badan. |
|
|
PAUTAN |
| Kem. Pertanian Malaysia |
| Jab. Perhutanan Semenanjung Malaysia |
| Taman Pertanian Universiti (UPM) |
| Malaysia Herbal Corporation |
| MARDI |
| Chemical Engineering Pilot Plant |
| Rimbun Dahan |
|
AKHBAR |
| Utusan Malaysia |
| Berita Harian |
| Metro |
| Kosmo |
| NSTP |
| The Star |