Laman Bunga

Text Box: Text Box:

MENU
Utama
Kitchen Garden
Laman Herba
Laman Bunga
Pagar Laman
Petua Botani
Webmaster
 
Rosel (Hibiscus sabdariffa)

Pokok Rosel atau juga dikenali sebagai Asam Susur merupakan pokok berbunga yang mengandungi pelbagai khasiat. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter. Bunganya yang berwarna merah hati amat lazat dan boleh dibuat sirap, jem, halwa, acar dan seduhan.

Antara khasiat yang terkandung pada bunga pelbagai guna ini ialah ia boleh dijadikan julap bagi melawaskan pembungan air besar dan kecil, merawat ulser perut, menambah selera makan, mengawal masalah kolestrol, mengatasi masalah rabun malam serta mengawal penyakit darah tinggi dan kolestrol.

Selain daripada itu daunnya juga mempunyai khasiat. Ia boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan pada luka dan menghaluskan kulit dengan cara melumurkan bahagian kulit tersebut dengan daun yang telah dilumatkan

   
Setawar (Costus speciocus)

Herba tegak ini mudah tumbuh di kawasan yang lembap dan teduh. Ia sering dijadikan tanaman hiasan. Batangnya berwarna kuning coklat dan mengandungi banyak air. Bunganya besar dan berwarna putih.

Pokok bunga ini dipercayai dapat mengubati infeksi pada saluran kencing, bengkak, mencegah kehamila, bisul dan batuk.

   

Bunga Trumpet (Apocynaecae)

Bunga Trumpet atau juga dikenali sebagai bunga Loceng berasal dari Brazil. Warna bunganya yang menarik sering dijadikan lanskap penyeri laman rumah dan tepi jalan. Getah dari pokok ini beracun dan berbahaya kepada manusia jika termakan.

Namun begitu jika ia dilumatkan, ia mampu menghentikan luka yang berdarah dan menyembuhkan bisul.

   

Bungor Inai (Lagerstroemia indica L.)

Dikenali juga dengan nama Inai Merah, pokok herba ini sesuai ditanam secara berkelompok untuk hiasan di tepi jalan, pembahagi jalan atau secara tunggal. Daunnya tunggal, tumbuh bersilang dan berbunga majmuk berwarna merah, putih atau ungu. Cantasan perlu dilakukan agar ia tumbuh banyak bunga dan lebat merimbun.

Dalam perubatan, ia dipercayai mampu mengubati buasir, penyakit kuning, bengkak, sakit gigi, batuk dan muntah berdarah.

   

Kesumba (Bixa orellana)

Buah kesumba amat terkenal dikalangan Orang Asli kerana buahnya yang berwarna merah sering dijadikan pewarna tatarias ketika majlis perkahwinan. Tanaman herba ini dikatakan berasal dari kawasan Tropika amerika. Perdunya tegak dan buahnya berbulu seperti rambutan.

Dari sudut perubatan, ia dipercayai mampu melancarkan sistem perkumuhan dan meneutralkan racun.

 

   

Bakung (Crinum asiaticum L.)

Pokok bunga bakung mempunyai taburan semulajadi di seluruh Asia. Ia boleh ditanam menggunakan biji benih atau dengan memisahkan bebawangnya dari pokok induk. Bunganya cantik dijadikan hiasan di laman. Ia boleh hidup dengan subur di tempat yang terdedah matahari atau di bawah teduhan.

Dari segi perubatan, ia dipercayai mampu merangsang muntah, mengubati luka, demam panas, sakit sendi dan meredakan tangisan bayi.

   

Portulaka (Portucaceace)

Bunga Pukul 10 merupakan tanaman tutup bumi yang cantik dengan pelbagai warna bunga. Ia mudah ditanam iaitu dengan cara pembiakan batang.

Bunga, daun dan akar bagi tumbuhan ini dipercayai dapat mengubati luka, sakit pinggang, darah tinggi dan lemah sendi serta dapat melancarkan darah.

   

Sesudu (Euphorbia nerrifolia L.)

Tumbuhan seperti kaktus ini mempunyai bunga yang pelbagai jenis. Daunnya berbentuk lidah dan dikatakan mujarab untuk mengubati sakit telinga dan bisul.

Caranya ialah dengan menyalurkan daunnya di atas api hingga lembut kemudian perahkan airnya ke telinga yang sakit.

   

Kemuning Cina (Catharanthus roseus)

Ia merupakan pokok herba renek yang popular sejak dulu lagi. Bunganya yang cantik sesuai untuk hiasan taman.

Dipercayai mengandungi bahan kimia yang dipanggil 'viblastin' yang dapat mengubati tumor. Di India ia amat terkenal untuk mengubati kencing manis kerana mengandungi 'vidolin' yang terdapat pada daunnya.

    Rosel   Setawar     Trumpet    Bungor Inai    Kesumba    Bakung    Portulaka    Sesudu    Kemuning       

PAUTAN

Kem. Pertanian Malaysia
Jab. Perhutanan Semenanjung Malaysia
Taman Pertanian Universiti (UPM)
Malaysia Herbal Corporation
MARDI
Chemical Engineering Pilot Plant
Rimbun Dahan
 

AKHBAR

Utusan Malaysia
Berita Harian
Metro
Kosmo
NSTP
The Star